KLIK IKLAN DI SINI

Followers

Wednesday, April 29, 2009

benci tul arr...

aku ni dah lama tak update blog.tiba biler ada mood n kerja pun dh beransur sikit....time nk upload gambar mcm bagus jek.napa yek.dh aku tak de mood nk men 'upload' gambar ni.tak pe la lainkali jek.kim salam....
lg pun aku pun tak de citer sensasi.ada tu adala jugak before this but sume tu dh basi.ingat nk upload gambar parti liar yg kitaorg buat kat opis ari tu.gambar ari last dak2 practical yg berkhidmat di opis kami.happening giler la ari tu.minggu depan la kot upload.
aku ada benda nk citer pasal last week.last week syirah asyik nangis malam jek.aku pun tak tau apa yg dia nk.asal nk tidur jek wat perangai.masalahnya aku tak tau apa yg dia nk.kalu aku tau senang sikit aku nk kasi.ni aku kasi nenen tak nk...susu botol tak nak...tepuk punggung pun tak nak....runsing aku....penah satu malam aku duk ngn syira je mlm tu tanpa DUKE(DUKE pg outstation kat temerloh)dia bantai nangis jek.tido sekejap,bangun nangis..tido lg pastu bangun nangis lagi...aku dh tak tau nk wat per dh.sampai satu tahap aku akhirnya call DUKE suh balik.sbg semangat aku je..yerla saper tak tenteram kalu anak asyik nangis jek mlm tu.maka bergerak la DUKE dr temerloh balik semula ke kuantan.kul 12.00 mlm sampai umah.jdla walaupun aku tau DUKE pun tak leh wat apa.tp sekurang2nya aku ada pemberi semangat.teruk kan aku ni?sian laki aku.takpela bukan selalu.hehehehe.n then this week alhamdulillah syira beransur ok.dh tak nangis mlm dh.buat ibu2 jgn jd mcm aku.huahuahuaa....
manja tak hengat.....

Wednesday, April 15, 2009

BILA SYIRA DAPAT KAKI

Last Sunday,aku,FIZA n SYIRA pergi jenjalan ke EC MALL menghabiskan masa bosan aku di rumah.yerlah,DUKE pun tak de outstation ke MELAKA.so,aku amik peluang u berjlan2.boring siot duk umah....byk jugak gambar yg di capture tp aku select mana yg aku berkenan jek.memandangkan aku dh lama tak up date aku nyer blog,maka aku uploadkan gambar2 yg tak beredit.lgpun aku byk kerja...tak de masa nk meng'edit'.kemudianla kot...
aku suka ngat gambo ni.tak tau ngaper.mcm seolah2 ada yg tersirat di wajah kedua insan di dlm gambar tersebut.senyuman yg oenuh makna dgn aksi yg bersahaja.cewah....
SYIRA WITH HER IBUsakan nk minum MILO.bila tak kasi kang menjerit plak.suka menjerit je dia ni.masa aku ngandung dulu aku kuat menjerit ke ha?kuat menangis adalah....

suka tgk gelagat dia waktu ni.dah gelojoh minum MILO pandai plak tepuk dada.tercekik la tu....tak pun sejuk dada.bijak3x
hmm...anak mama.sejuk rasanya perut mengandungkan dia dulu.cewahh ayat.......SYIRA ni satu perangai dia kalu mkn selalu ingat kat org.tak penah kedekut.mesti suap org sikit.walau sikit ttp dia kasi.mama harap perangai ko yg ni kekal la sampai ke beso yer syg....I LOVE U

Mamat ni keja kat FRICO EC MALL.tgh aku duk dgt penerangan dak perempuan tu kat belakang pasal microve,vacuum,periuk mak datin n ntah apa2 ntah,dak laki ni la yg selak melayan anak aku.dia bwk p sana,p sini.aku plak yg riso tkut dia cilok anak aku.hehehehe.tp selamat sebenarnya.sampai kat umah,dak laki ni siap kasi aku msg lg tawarkan diskaun pastu minta aku cucikan gambo dia ngn SYIRA.INYAALLAH YER DEDEQ(nama dak laki ni)

aku suka gaya gambo ni.seolah-olah SYIRA tercari2 sesuatu.......masa ni dia dh start dah pakai kaki dia yg br dapat tu...

tu dia dengan kaki ayam nya.masa ni aku p solat.kata IBU dia,dia bantai mengamuk nk turun dr stroller.IBU dia apalagi,takut cermin kedai pecah dek jeritan dia,better turunkan gak...

pastu suka tolak stroller.....

yea...yea...akhirnya aku dapat jalan....sukanya.....sejuk la sini.....kita enjoy!!!!!!!!!!




berjalan tanpa kasut tu dah satu hal.bantai tegur je org sekeliling dia.nasib baik dak pakai bj pink tu kasi respon.

aduh,tayar sroller rosak plak.baiki japla....duduk terjelupuk plak...


ni la adik aku aka IBU SYIRA merangkap photographer pd ari tu.dia pun xcited dpt pgng D80 tu.nanti hantaran kawin suh UDIN kasi D90 yer.kasi gempak sikit.heheheh

ni plak sibuk mengamuk tak nk dukung.nk berjalan plak dh lg.kalu nk berjalan sepanjang jalan tu tak pela aku kasi.rela aku pimpin.ni kalu dh lenguh,leh plak dia nk bantai merangkak kat ECM tu. giler apa?nk jd cleaner tak bertauliah ke SYIRA oiii....angin aku kejap.sabar3xheheheh

akhirnya.............

tercabut lak kasut saya..im sory...
tada...................inila dia CINDERELLA kemetot.....

nampak cam ok lg tak muka aku masa ni?

dah jom balik sayang......



















Monday, April 13, 2009

KITA DALAM KATEGORI MANA?

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 50 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macam mana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah... " Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 50 yg betul-betul beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki tadi hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."
Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"
"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawakkan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak beribadat pada ALLAH,masyaallah payahnya dengan pelbagai alasan...renung2kanla......

Thursday, April 2, 2009

saat yg ku tunggu sudah tiba....

kalau tgk topic kat atas apa la saat yg aku tunggu tu ye?adakah tunggu DUKE balik dr outstation?tidak..tidak...lambat lg dia balik.penantian aku selama 4 bulan akhirnya berakhir pada tarikh keramat 1 APRIL 2009 apabila puteri kesayanganku telah mula mengatur langkahnya yang pertama tanpa bantuanku atau tanpa bantuan sesiapa pun...peristiwa berlaku di rumah FIZA (adikku yg practical ditempat kerjaku).masa tu aku hantar dia balik umah selepas 2 mlm dia bermalam di rumahku.tgh lepak2 kat umah dia tiba2 anak ku berdiri dan mula mengatur langkah.mula sekadar setapak dua tapak.duduk,main.pastu bgn dan atur langkah lg.sehinggalah langkah yg paling byk yg diaturkan sebanyak sembilan langkah.bestnya rasa.smlm hanya tuhan yg tahu apa yg aku rasa.

namun kegembiraan yg datang diganggu oleh lg satu fenomena yg paling aku tak suka dan paling membimbangkan aku apabila dlm pkl 4 pg td SYIRA diserang demam panas lg.aku mcm biasa lap badan dia u turunkan suhu dan menampal kool fever.dan pg td bila aku angkat dia waktu nk pg kerja,muka dia agak pucat.tuhan sj yg tahu apa perasaan aku ketika itu.u pertama kalinya dia tidur dipangkuanku sambil aku memandu.

sesampai aku di ofis,mcm biasa rutinku akan ke cafe u beli air panas u bancuh kopi.waktu nk amik duit dlm beg,aku tgk hp ku mcm lain mcm.bila aku kuarkan 'oh..shit..'ayat tu yg terpacul dr mulutku.(betapa dajalnya mulut ni)apa yg terjadi?skrin hp ku retak n cannot function as usual.bila kak julie try test call pun tak dpt.bagaimana ia berlaku?ceritanya bila aku antar syira pg td,aku terlupa yg aku sangkut beg kecik aku tu yg berisi hp n duit kat pintu kereta.so masa aku p antar syira,aku p tutup pintu keta.so korang dpt bayangkan tak mcm mana keadaan hp aku yg dlm bag apabila terhantuk kat pintu keta.sadisnya...thats why la skrin hp aku tu leh pecah.sekali tgk mcm aku dpat screen saver baru je coz gaya retaknya tu mcm pelepah pokok kelapa.huaaaaaaaa..........then i called my hubby nk inform apa yg berlaku.
here,our conversation..

aku : abg....
DUKE : abg dlm flight ni..
aku : abg,nk bgth ni fon org rosak ni
DUKE : OK...

ok je?aduh sei...yerla aku phm coz dia duk dlm kapal torbang.mana boleh on fon kan sepatutnya.takpela abg.pandai2 la abg contact sy nanti.

aku tau topic kat atas mcm kureng sesuai dgn apa yg berlaku kat aku.2 insiden yg berlaku bukanla saat yg ku tunggu.tp peristiwa syira berjalan mmg tak kan ku lupa....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails