Pages

KLIK IKLAN DI SINI

Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, November 2, 2011

kahwin awal vs kahwin lewat

kahwin awal @ kahwin muda di zaman sekarang ini sudah menjadi satu perkara yang tidak asing lagi. kita seolah-olah kembali mcm zaman nenek moyang kita dulu yang banyak kahwin awal. cuma mereka dulu terlebih awal. ada yg dh akil baligh, dh kawen dah. mcm zaman kita plak, abis SPM jer, ada yg dh kahwin. kahwin muda dan kahwin lewat ni ada pro and kontra nya. antaranya ialah :

KAHWIN MUDA (biasanya antara umur 18 - 25 tahun)
a) cepat dapat kumpul harta (sbb kita mampu untuk berkongsi dengan pasangan kita untuk membeli rumah, kereta dan sebagainya.)
b) dapat anak cepat (nanti dh tua, anak ngn kita mcm adik ngan kakak..hehehe)
c) kita jadi matang dengan cepat
d) tapi ada kebarangkalian untuk senang bercerai sekiranya kita atau pasangan kita tidak matang dalam malayari rumah tangga.
e) tidak dapat menghabiskan zaman remaja seperti rakan-rakan yg lain. aktiviti akan menjadi lebih terhad. pendek kata enjoy tak puas lah.

KAHWIN DI USIA NORMAL pada pandangan orang ( biasanya 26 -32. lewat boleh dikategorikan dari usia 33 tahun dan ke atas)

a) dapat enjoy dulu di usia muda.
b) dapat kumpul banyak duit buat kahwin. so kahwin boleh buat grand gtew.
c) ada sesetengah individu tidak berpeluang untuk kumpul harta awal kerana lebih tertumpu dengan kehidupan enjoy dan nk kumpul duit u kahwin. (bukan semua yer)
d) lebih matang dalam melayari ilmu rumah tangga sbb dah banyak kutip pengalaman.
e) akan berisiko tinggi untuk melahirkan ramai anak kerana faktor usia ( pada sesiapa yg kawen lewat)
f) pada sesiapa yg kerja dengan swasta, selagi anak tak abis belajar selagi tu lah kena kerja..kerja..kerja dan kerja...xboleh nk berehat/berenti kerja awal. kalu kerajaan tu mestilah kena sampai waktu bersara kan?

sekian. penemuan di atas adalah pemerhatian common yg selalu kita lihat. tidak sesuai untuk dijadikan research untuk buat master atau PHD (uwekkkk)....hehehe..segala apa yg tertulis jika ada mengganggu ketenteraman jiwa sesetengah pihak, saya mohon ampun dan maaf yer...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails