Pages

KLIK IKLAN DI SINI

Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday, February 13, 2009

perkongsian hidup

Apakah yg dikatakan perkongsian hidup?dlm kehidupan suami isteri,perkongsian hidup amat penting.bak kata omputih,'LOVE IS SHARING'.tp byk aku tgk nowadays ramai suami isteri yg buat hal sendiri.especially yg bekerjaya.contoh bab duit.duit kau,duit kau.duit aku,aku punya.tak pun duit kau,duit aku.duit aku,aku punya.mungkin sometimes boleh guna kosep tu...tp kalu dh selalu,seolah2 seperti pentingkan diri sendiri pun ada jugak.bagi sang suami,mmgla tanggungjawab suami u menyediakan makan pakai yg cukup u isteri dan anak2.mmg sepatutnya suami tunaikan.tp u si isteri plak jgnla minta yg mcm2 dr suami.tgkla sedikit kemampuan suami setakat mana.bantula suami dr segi perbelanjaan dapur atau isi minyak kereta.terpulang pada individu..kalu rasa teringin nk shopping,tak salah kita pakai duit kita u meringankan beban suami.

Sang isteri juga jgnla selalu membebel pada suami.Kalu rasa tak puas hati,duduk berbincang dgn suami dan luahkan apa yg tak puas hati.baiki dgn cr komunikasi lebih berkesan berbanding membebel tak tentu pasal.gunakan phychology kita sbg org perempuan.nanti suami cr lain siapa yg susah?

Dan pada si suami,kalu dpt isteri yang bekerjaya...jgnla diserahkan bulat2 tugas suri rumah dan menjaga anak2 kpd isteri.bantula isteri anda.dah la siang bekerja.balik kerja kena masak,layan anak,layan suami,basuh baju pastu seterika baju plak u anak2 nk g sekolah dan u suami pg kerja.bantula isteri anda.kalu tak pandai masak sekalipun just seterika baju atau tolong basuh baju pun dh menjadi ringan beban pada si isteri.fikirla yg dia bekerja pun u membantu kita.kalu kita sesak pd saper kita nk mengadu kalu tak pd isteri.fikir2kanla...

Mari kita lihat contoh Rasulullah SAW,baginda juga membantu isterinya dalam menguruskan hal rumah.cuma konsep itu berubah bila dapat kat org melayu.si suami bekerja,isteri duk umah duk kat ceruk dapur.suami balik umah,mandi,rehat sambil tgk tv n menunggu mkn malam disediakan.tugas suami kat umah hanya meng'order' sahaja.saya tak nafikan yg fenomena ini sering berlaku pd zaman sekarang.ada satu pepatah yg sebelum ni sy tak penah dgr(even kat sekolah dulu..tp sy tau dr citer RONA RONI MAKARONI,thanks RONA).ULAR YG MENYUSUR AKAR TAK AKAN HILANG BISANYA.peribahasa ni sesuai u lelaki yg egonya tinggi melangit tu..

wahai si suami,walaupun isteri mu suri rumah sepenuh masa,isteri juga mahu cuti drpd rutin hariannya.ingat tak penat ke menguruskan rumah tangga?sesekali bg la cuti pd isteri.contohnya ajak makan malam di luar ke atau bg cuti satu hari pd isteri dr melakukan kerja umah.bg sang isteri itu adalah satu penghargaan yg tak ternilai harganya drpd lelaki yg bernama SUAMI.

Renung-renungkanla...

P/S : artikel ni bukanla ditujukan u suami semata,juga u para isteri..thank u..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails